Thursday, 16 June 2016

GASTRIK BUKAN PENGHALANG PUASA



Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Sebenarnya, jika kena caranya, berpuasa bukanlah satu masalah. Kita tidak boleh terus memberikan alasan untuk tidak berpuasa kerana menghidap gastrik. Ini kerana sebenarnya semasa berpuasa, perut kita dalam keadaan rehat.

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

Tip sepanjang bulan puasa :

  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa sahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan sunat.
  2. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati.
  4. Elakkkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  5. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kobis dan kacang soya. 
  6. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong. 
  7. Berbuka secara ringan.
  8. Elak makanan tinggi lemak ; elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. 
Pastikan anda mengambil ubat yang dipreskipsikan kepada anda secara teratur.







No comments:

Post a Comment