Sunday, 10 July 2016

PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
* Sering dahaga dan sering perlu minum air.
* Sering ketandas.
* Terasa badan lemah.
* Berat badan turun dengan cepat
* Penglihatan semakin kabur.
* Terasa pening kepala.
* Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Bagaimana boleh kena kencing manis?
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK.
05-5279843

No comments:

Post a Comment