Sunday 10 July 2016

PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
* Sering dahaga dan sering perlu minum air.
* Sering ketandas.
* Terasa badan lemah.
* Berat badan turun dengan cepat
* Penglihatan semakin kabur.
* Terasa pening kepala.
* Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Bagaimana boleh kena kencing manis?
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK.
05-5279843

Friday 24 June 2016

TIGER BALM PLUS OINTMENT 30G



For the relief of minor aches and pains of muscles and joints associated with simple backaches, arthritis pains, rheumatic pains, sciatica and sprains.

TOTALCARE PHARMACY
No.6, Ground Floor
Hala Taman Meru 11
Taman Meru 2B
30020 Ipoh, Perak
05-5279843

Monday 20 June 2016

RAWATAN KETUAT PADA KAKI

Pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. 

Ketuat ini disebabkan oleh virus HPV dan boleh merebak, ketuat ini boleh berjangkit. Cara berjangkit ialah jika ketuat itu berdarah, ketuat tu boleh merabak di area berdekatan.

PETUA HILANG KETUAT

1. Menggunakan bawang putih dan lekatkan atau sental pada ketuat, tapi sebelum itu, ketuat mesti di kikis terlebih dahulu supaya air bawang putih meresap masuk dalam ketuat.

2. Potong sehiris kulit pisang atau limau mengikut ukuran saiz ketuat di kulit. Lekapkannya pada permukaan ketuat dengan menggunakan plaster sebelum tidur. Bahan kimia dan minyak yang terkandung dalam kulit pisang atau limau tersebut membantu mengawal pembiakan ketuat.

3. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

4. Apple cider vinegar amat berkesan untuk rawatan ketuat. Basahkan kapas dengan cider vinegar, letak di tempat 'wart' tersebut dan tutup dengan surgical tape, biar selama 12 jam. Lakukan dalam masa 5 hari ke seminggu, ketuat tersebut akan luruh. Pendekatan ini lebih baik dari liquid nitrogen treatment di klinik, sebab rawatan menggunakan liquid nitrogen treatment amat sakit dan ianya akan tumbuh semula.












Saturday 18 June 2016

FYBOGEL ORANGE


Each single dose sachet of granules contains 3.5g ispaghula husk b.p. in a natural orange flavoured base.

Fybogel orange is sugar free and gluten free. Contains aspartame sweetener. Not suitable for phenylketonurics.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK.
05-5279843

Thursday 16 June 2016

GASTRIK BUKAN PENGHALANG PUASA



Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Sebenarnya, jika kena caranya, berpuasa bukanlah satu masalah. Kita tidak boleh terus memberikan alasan untuk tidak berpuasa kerana menghidap gastrik. Ini kerana sebenarnya semasa berpuasa, perut kita dalam keadaan rehat.

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

Tip sepanjang bulan puasa :

  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa sahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan sunat.
  2. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati.
  4. Elakkkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  5. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kobis dan kacang soya. 
  6. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong. 
  7. Berbuka secara ringan.
  8. Elak makanan tinggi lemak ; elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. 
Pastikan anda mengambil ubat yang dipreskipsikan kepada anda secara teratur.







Sunday 29 May 2016

Ural Effervescent Granules 28 x 4g

Ural is indicated for: 
1. Urinary Tract Infection - To relieve discomfort in urinary tract infection, symptomatic relief of dysuria (pain & burning sensation during urination) & enhanced action of certain antibiotics. 
2. Gout Therapy - To prevent crystallization of urates & reduce uric acid. 
3. Kidney Stone - To increase urine pH and prevent stone formation.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR 
HALA TAMAN MERU 11 TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK
05-5279843

Friday 20 May 2016

DARAH TINGGI




Apa itu tekanan darah tinggi ?
  • Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung atau sakit buah pinggang juga strok.
  • Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
  • Sesiapa sahaja boleh menghidap sakit darah tinggi.
Penyebab tekanan darah tinggi

  1. Cara hidup tidak aktif.
  2. Umur melebihi 35 tahun.
  3. Kegemukan.
  4. Paras kolestrol tinggi.
  5. Faktor keturunan dan sejarah keluarga.
  6. Pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok.
  7. Pengambilan garam yang tinggi.
  8. Ubatan seperti steroid.
  9. Penyakit buah pinggang.