Wednesday 13 April 2016

errrrggggg sakit gigi!!!

sumber dari google

Pernahkah anda merasa tidak selesa, tidak lena tidur dek kerana sakit gigi. Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi sensitif, dll.


Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan gigi mati, gusi bengkak, gigi dicabut dan kesukaran membuka mulut.

PUNCA-PUNCA SAKIT GIGI

  1. Gigi reput / rosak - kebanyakan disebabkan kerana ini.
  2. Kerosakan urat saraf gigi - boleh menyebabkan gusi bengkak dan juga bisul.
  3. Tampalan gigi rosak.
  4. Gigi retak - mungkin disebabkan bersukan atau aktiviti lasak.
  5. Gigi terlalu sensitif.
  6. Gigi geraham bongsu yang berkedudukan tidak selaras dengan gigi sedia ada.
  7. Penyakit gusi.
  8. Sakit rahang - desebabkan oleh menggetap gigi.
  9. Menggunakan teether ketika bayi.

No comments:

Post a Comment