Saturday 14 May 2016

DIARRHOEA

sumber dari google

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair.

Seseorang biasanya mengalami cirit-birit sekali atau dua kali setahun yang akan membawa 2 atau 3 hari. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda menghilangkan cirit-birit. Tetapi lebih baik jika anda dapat mengenalpasti apa yang menyebabkan anda cirit-birit.



TANDA-TANDA AWAL

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati.
Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

Pesakit-pesakit dalam kategori berikut perlu dirujuk kepada doktor.

1. Kanak-kanak berumur kurang daripada 3 tahun.
2. Warga tua yang mempunyai pelbagai penyakit.
3. Individu dewasa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, ulser diabetes dan jantung.
4. Wanita mengandung.
5. Pesakit dengan najis berdarah.
6. Pesakit yang mengadu sakit apabila perutnya disentuh.
7. Pesakit dengan suhu yang sangat tinggi.
8. Pesakit dengan kekurangan air yang serius.
9. Pesakit dengan kehilangan berat badan yang serius.
10. Pesakit yang mengalami cirit-birit lebih tinggi daripada tempoh lima hingga tujuh hari.









No comments:

Post a Comment