Thursday, 21 April 2016

AIR PENYEJUK BADAN CAP KAKI TIGA

SUMBER DARI GOOGLE
Air cap badak merupakan ubat herba traditional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air ini berbeza dengan air mineral kerana mengandungi herba untuk melegakan panas badan.

Namun jika keadaan anda makin teruk, anda disarankan untuk berjumpa doktor atau mendapat nasihat daripada pharmacist untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku kelak.

Totalcare pharmacy...









Kepentingan makanan berkhasiat

sumber dari kkm
Dalam aspek etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan ikutan. Rasulullah SAW sangat mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil. Rasulullah mengelak minum susu bersama makanan berprotin. Baginda banyak mengambil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan dan ini juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini. Buah dan sayur mempunyai kadar lemak yang rendah. Maka ini sangat-sangat sesuai bagi mereka yang ingin berdiet. Bolehlah kita ikut dan amalkan cara pemakanan Rasulullah SAW agar sentiasa sihat.

Amalan pemakanan sihat :

  1. Jangan makan susu + daging
  2. Jangan makan daging + ikan 
  3. Jangan makan ikan + susu
  4. Jangan makan ayam + susu
  5. Jangan makan ikan + telur
  6. Jangan makan ikan + daun salad
  7. Jangan makan susu + cuka
  8. Jangan makan buah + susu (koktel)
Jangan tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.

Tidur 1jam selepas makan nasi.






Sunday, 17 April 2016

Sunnah dan amalan sebelum tidur.

sumber dari google
Antara sunnah sebelum tidur :

  1. Membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk.
    •  Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
       “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah.
  2.  Membersih atau kibas tempat tidur.
    • Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
       ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
  3. Membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah atau surah Ali' Imran 190-200.
  4. Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.
  5. Jgn tidur menghadap kaki ke arah kiblat. 
  6. Barangsiapa yg m'baca tasbih fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sbg mati syahid.
  7. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan utk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Thursday, 14 April 2016

Petua menghilangkan sakit gigi.

sumber dari google
Antara petua menghilangkan sakit gigi adalah :
  1. Hilangkan plak.
    • Berkumur dengan mengunakan listerine supaya dapat menghilangkan plak pada gigi. 
    • Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  2. Limau nipis.
    • Limau nipis mampu untuk menghilangkan sakit gigi dan bengkak gusi.
    • Caranya mudah sahaja, perah limau kemudian tambahkan dengan air suam. Dah siap bolehlah kita berkumur.
  3. Air garam.
    • Bahan yang diperlukan hanyalah garam yang dah ada didapur dan air panas/suam.
    • Kita juga boleh berkumur dengan menggunakan air garam, rsa sakit akan berunsur-unsur hilang.
SELAMAT MENCUBA!!!




Wednesday, 13 April 2016

errrrggggg sakit gigi!!!

sumber dari google

Pernahkah anda merasa tidak selesa, tidak lena tidur dek kerana sakit gigi. Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi sensitif, dll.


Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan gigi mati, gusi bengkak, gigi dicabut dan kesukaran membuka mulut.

PUNCA-PUNCA SAKIT GIGI

  1. Gigi reput / rosak - kebanyakan disebabkan kerana ini.
  2. Kerosakan urat saraf gigi - boleh menyebabkan gusi bengkak dan juga bisul.
  3. Tampalan gigi rosak.
  4. Gigi retak - mungkin disebabkan bersukan atau aktiviti lasak.
  5. Gigi terlalu sensitif.
  6. Gigi geraham bongsu yang berkedudukan tidak selaras dengan gigi sedia ada.
  7. Penyakit gusi.
  8. Sakit rahang - desebabkan oleh menggetap gigi.
  9. Menggunakan teether ketika bayi.

Saturday, 9 April 2016

Tanda kanak-kanak yang kurang nutrisi

sumber dari google

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai nutrisi. Bagi ibu bapa, tentu anda merasa sangat bersyukur apabila dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat. Tetapi adakah kita benar-benar yakin jika anak kita membesar dengan cukup sihat dan cerdas. 

Tanda-tanda anak kekurangan nutrisi :
  1. Kulit berbintik-bintik.
  2. Terlalu gemuk.
  3. Terlalu kurus.
  4. Susah bangun pagi.
  5. Kerap demam.
  6. Murung dan tak ceria.
  7. Hiperaktif.
  8. Lambat bercakap.
  9. Kulit dan rambut kering.
  10. Kaviti pada gigi.
  11. Kerap selesema.
  12. Pemarah.
Makanan tambahan :
  • Vitamin omega - meningkatkan dan mengawal sistem imun.
  • Chewable vitamin c 100mg - menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
  • Multivitamin - melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian.
Hubungi kami untuk konsultasi :

Totalcare Pharmacy
No. 6, Ground Floor Hala Taman Meru 11,
Taman Meru 2B,
30020 Ipoh, Perak.
Phone : 05-5279843
Email : totalcarepharmacymeru@gmail.com