Sunnah dan amalan sebelum tidur.
|
sumber dari google |
Antara sunnah sebelum tidur :
- Membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk.
- Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah.
- Membersih atau kibas tempat tidur.
- Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
- Membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah atau surah Ali' Imran 190-200.
- Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.
- Jgn tidur menghadap kaki ke arah kiblat.
- Barangsiapa yg m'baca tasbih fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sbg mati syahid.
- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan utk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
No comments:
Post a Comment