Sunday, 10 July 2016

PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
* Sering dahaga dan sering perlu minum air.
* Sering ketandas.
* Terasa badan lemah.
* Berat badan turun dengan cepat
* Penglihatan semakin kabur.
* Terasa pening kepala.
* Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Bagaimana boleh kena kencing manis?
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK.
05-5279843

Friday, 24 June 2016

TIGER BALM PLUS OINTMENT 30G



For the relief of minor aches and pains of muscles and joints associated with simple backaches, arthritis pains, rheumatic pains, sciatica and sprains.

TOTALCARE PHARMACY
No.6, Ground Floor
Hala Taman Meru 11
Taman Meru 2B
30020 Ipoh, Perak
05-5279843

Monday, 20 June 2016

RAWATAN KETUAT PADA KAKI

Pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. 

Ketuat ini disebabkan oleh virus HPV dan boleh merebak, ketuat ini boleh berjangkit. Cara berjangkit ialah jika ketuat itu berdarah, ketuat tu boleh merabak di area berdekatan.

PETUA HILANG KETUAT

1. Menggunakan bawang putih dan lekatkan atau sental pada ketuat, tapi sebelum itu, ketuat mesti di kikis terlebih dahulu supaya air bawang putih meresap masuk dalam ketuat.

2. Potong sehiris kulit pisang atau limau mengikut ukuran saiz ketuat di kulit. Lekapkannya pada permukaan ketuat dengan menggunakan plaster sebelum tidur. Bahan kimia dan minyak yang terkandung dalam kulit pisang atau limau tersebut membantu mengawal pembiakan ketuat.

3. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

4. Apple cider vinegar amat berkesan untuk rawatan ketuat. Basahkan kapas dengan cider vinegar, letak di tempat 'wart' tersebut dan tutup dengan surgical tape, biar selama 12 jam. Lakukan dalam masa 5 hari ke seminggu, ketuat tersebut akan luruh. Pendekatan ini lebih baik dari liquid nitrogen treatment di klinik, sebab rawatan menggunakan liquid nitrogen treatment amat sakit dan ianya akan tumbuh semula.












Saturday, 18 June 2016

FYBOGEL ORANGE


Each single dose sachet of granules contains 3.5g ispaghula husk b.p. in a natural orange flavoured base.

Fybogel orange is sugar free and gluten free. Contains aspartame sweetener. Not suitable for phenylketonurics.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK.
05-5279843

Thursday, 16 June 2016

GASTRIK BUKAN PENGHALANG PUASA



Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Sebenarnya, jika kena caranya, berpuasa bukanlah satu masalah. Kita tidak boleh terus memberikan alasan untuk tidak berpuasa kerana menghidap gastrik. Ini kerana sebenarnya semasa berpuasa, perut kita dalam keadaan rehat.

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

Tip sepanjang bulan puasa :

  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa sahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan sunat.
  2. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati.
  4. Elakkkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  5. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kobis dan kacang soya. 
  6. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong. 
  7. Berbuka secara ringan.
  8. Elak makanan tinggi lemak ; elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. 
Pastikan anda mengambil ubat yang dipreskipsikan kepada anda secara teratur.







Sunday, 29 May 2016

Ural Effervescent Granules 28 x 4g

Ural is indicated for: 
1. Urinary Tract Infection - To relieve discomfort in urinary tract infection, symptomatic relief of dysuria (pain & burning sensation during urination) & enhanced action of certain antibiotics. 
2. Gout Therapy - To prevent crystallization of urates & reduce uric acid. 
3. Kidney Stone - To increase urine pH and prevent stone formation.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR 
HALA TAMAN MERU 11 TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK
05-5279843

Friday, 20 May 2016

DARAH TINGGI




Apa itu tekanan darah tinggi ?
  • Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung atau sakit buah pinggang juga strok.
  • Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
  • Sesiapa sahaja boleh menghidap sakit darah tinggi.
Penyebab tekanan darah tinggi

  1. Cara hidup tidak aktif.
  2. Umur melebihi 35 tahun.
  3. Kegemukan.
  4. Paras kolestrol tinggi.
  5. Faktor keturunan dan sejarah keluarga.
  6. Pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok.
  7. Pengambilan garam yang tinggi.
  8. Ubatan seperti steroid.
  9. Penyakit buah pinggang.







Saturday, 14 May 2016

DIARRHOEA

sumber dari google

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair.

Seseorang biasanya mengalami cirit-birit sekali atau dua kali setahun yang akan membawa 2 atau 3 hari. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda menghilangkan cirit-birit. Tetapi lebih baik jika anda dapat mengenalpasti apa yang menyebabkan anda cirit-birit.



TANDA-TANDA AWAL

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati.
Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

Pesakit-pesakit dalam kategori berikut perlu dirujuk kepada doktor.

1. Kanak-kanak berumur kurang daripada 3 tahun.
2. Warga tua yang mempunyai pelbagai penyakit.
3. Individu dewasa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, ulser diabetes dan jantung.
4. Wanita mengandung.
5. Pesakit dengan najis berdarah.
6. Pesakit yang mengadu sakit apabila perutnya disentuh.
7. Pesakit dengan suhu yang sangat tinggi.
8. Pesakit dengan kekurangan air yang serius.
9. Pesakit dengan kehilangan berat badan yang serius.
10. Pesakit yang mengalami cirit-birit lebih tinggi daripada tempoh lima hingga tujuh hari.









Sunday, 8 May 2016

Nak potong ubat

sumber dari kkm
Nak Potong Ubat? Ketahui punca ubatan tidak boleh dipotong sewenangnya.


Bagaimana hendak selamat dari gigitan ular.

sumber dari google

Tau x apa yg patut anda buat bila di patuk ular :

1. Sudah tentu mangsa dinasihatkan agar tdk panik! Ini kerana apabila anda panik scr tdk langsung blh m'bawa kpd keadaan yg lbh parah.

2. Ingit rupa ular yg menggigit anda. Doktor memerlukan gambaran ular untuk menentukan sama ada ia berbisa atau tidak.

3. Lebih baik jika anda atau sesiapa yg berada di tempat kejadian dpt m'bantu merakam gambar haiwan berkenaan jika ia masih disitu.

4. Hubungi 999 dgn segera dan hantar mangsa ke hospital, elak b'lengah spy keadaan tdk menjadi lbh truk.
5. Elakkan daripada menyedut bisa itu keluar, kerana takut menjangkiti tisu mulut anda pula. Atau boleh memberikan kesan jangkitan lebih teruk pada mangsa yang disengat atau dipatuk.
6. Jika anda adalah mangsa, jgn memandu sndirii ke hospital.
7. Jangan makan ubat tahan sakit yang tidak mendapat kelulusan doktor kerana dalam kes sebegini mungkin ada kesan sampingan yang tidak diingini jika anda memadai buat keputusan sendiri.








Saturday, 7 May 2016

PROMOSI HARI IBU



Hello everyone,

Sempena hari ibu Totalcare Pharmacy mengadakan promosi durian runtuh untuk pembelian Japlo Electric Breast Pump dan One Drop Perfume 30ml agar dapat dihadiahkan kepada insan tersayang yang bergelar ibu/isteri.

Grab it cepat2 semua sebab hari ini last day harga terlajak murah.

TOTALCARE PHARMACY
NO.6, GROUND FLOOR
HALA TAMAN MERU 11
TAMAN MERU 2B
30020 IPOH, PERAK

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian : 05-5279843

Thursday, 21 April 2016

AIR PENYEJUK BADAN CAP KAKI TIGA

SUMBER DARI GOOGLE
Air cap badak merupakan ubat herba traditional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air ini berbeza dengan air mineral kerana mengandungi herba untuk melegakan panas badan.

Namun jika keadaan anda makin teruk, anda disarankan untuk berjumpa doktor atau mendapat nasihat daripada pharmacist untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku kelak.

Totalcare pharmacy...









Kepentingan makanan berkhasiat

sumber dari kkm
Dalam aspek etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan ikutan. Rasulullah SAW sangat mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil. Rasulullah mengelak minum susu bersama makanan berprotin. Baginda banyak mengambil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan dan ini juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini. Buah dan sayur mempunyai kadar lemak yang rendah. Maka ini sangat-sangat sesuai bagi mereka yang ingin berdiet. Bolehlah kita ikut dan amalkan cara pemakanan Rasulullah SAW agar sentiasa sihat.

Amalan pemakanan sihat :

  1. Jangan makan susu + daging
  2. Jangan makan daging + ikan 
  3. Jangan makan ikan + susu
  4. Jangan makan ayam + susu
  5. Jangan makan ikan + telur
  6. Jangan makan ikan + daun salad
  7. Jangan makan susu + cuka
  8. Jangan makan buah + susu (koktel)
Jangan tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.

Tidur 1jam selepas makan nasi.






Sunday, 17 April 2016

Sunnah dan amalan sebelum tidur.

sumber dari google
Antara sunnah sebelum tidur :

  1. Membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk.
    •  Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
       “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah.
  2.  Membersih atau kibas tempat tidur.
    • Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
       ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
  3. Membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah atau surah Ali' Imran 190-200.
  4. Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.
  5. Jgn tidur menghadap kaki ke arah kiblat. 
  6. Barangsiapa yg m'baca tasbih fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sbg mati syahid.
  7. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan utk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Thursday, 14 April 2016

Petua menghilangkan sakit gigi.

sumber dari google
Antara petua menghilangkan sakit gigi adalah :
  1. Hilangkan plak.
    • Berkumur dengan mengunakan listerine supaya dapat menghilangkan plak pada gigi. 
    • Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  2. Limau nipis.
    • Limau nipis mampu untuk menghilangkan sakit gigi dan bengkak gusi.
    • Caranya mudah sahaja, perah limau kemudian tambahkan dengan air suam. Dah siap bolehlah kita berkumur.
  3. Air garam.
    • Bahan yang diperlukan hanyalah garam yang dah ada didapur dan air panas/suam.
    • Kita juga boleh berkumur dengan menggunakan air garam, rsa sakit akan berunsur-unsur hilang.
SELAMAT MENCUBA!!!




Wednesday, 13 April 2016

errrrggggg sakit gigi!!!

sumber dari google

Pernahkah anda merasa tidak selesa, tidak lena tidur dek kerana sakit gigi. Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi sensitif, dll.


Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan gigi mati, gusi bengkak, gigi dicabut dan kesukaran membuka mulut.

PUNCA-PUNCA SAKIT GIGI

  1. Gigi reput / rosak - kebanyakan disebabkan kerana ini.
  2. Kerosakan urat saraf gigi - boleh menyebabkan gusi bengkak dan juga bisul.
  3. Tampalan gigi rosak.
  4. Gigi retak - mungkin disebabkan bersukan atau aktiviti lasak.
  5. Gigi terlalu sensitif.
  6. Gigi geraham bongsu yang berkedudukan tidak selaras dengan gigi sedia ada.
  7. Penyakit gusi.
  8. Sakit rahang - desebabkan oleh menggetap gigi.
  9. Menggunakan teether ketika bayi.

Saturday, 9 April 2016

Tanda kanak-kanak yang kurang nutrisi

sumber dari google

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai nutrisi. Bagi ibu bapa, tentu anda merasa sangat bersyukur apabila dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat. Tetapi adakah kita benar-benar yakin jika anak kita membesar dengan cukup sihat dan cerdas. 

Tanda-tanda anak kekurangan nutrisi :
  1. Kulit berbintik-bintik.
  2. Terlalu gemuk.
  3. Terlalu kurus.
  4. Susah bangun pagi.
  5. Kerap demam.
  6. Murung dan tak ceria.
  7. Hiperaktif.
  8. Lambat bercakap.
  9. Kulit dan rambut kering.
  10. Kaviti pada gigi.
  11. Kerap selesema.
  12. Pemarah.
Makanan tambahan :
  • Vitamin omega - meningkatkan dan mengawal sistem imun.
  • Chewable vitamin c 100mg - menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
  • Multivitamin - melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian.
Hubungi kami untuk konsultasi :

Totalcare Pharmacy
No. 6, Ground Floor Hala Taman Meru 11,
Taman Meru 2B,
30020 Ipoh, Perak.
Phone : 05-5279843
Email : totalcarepharmacymeru@gmail.com
















Thursday, 31 March 2016

Cane and portable seats.


Tongkat + tempat duduk berfungsi: sebagai tongkat untuk berjalan yang telah dilengkapi dengan tempat duduk.
Dengan kelebihan: sebagai tongkat jika ingin berjalan dan boleh digunakan sebagai tempat duduk ketika penat dan boleh digunakan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

** sumber gambar dari google


Ciri-ciri :
* Sangat ringan
* Tahan lasak
* Mudah dibawa kemana saja.

Totalcare Pharmacy.
No.6 Ground Floor Hala Taman Meru 11,
Taman Meru 2B,
30020 Ipoh, Perak.
Phone : 05-5279843
Email : totalcarepharmacymeru@gmail.com
Facebook : https://goo.gl/z08F8K
Instagram : https://goo.gl/uwOj5A






Monday, 28 March 2016

Ekzema @ Eczema

Ekzema merupakan masalah kulit yang biasa di alami oleh bayi dan orang dewasa. Ekzema selalu berlaku pada seawal usia 2 tahun. Namun ekzema akan bertambah baik apabila umur makin meningkat. Ekzema boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Apakah simptom-simptom penyakit ekzema :
* Salah satu cirinya ialah ruam kulit yang sangat gatal.
* Bagi bayi dan kanak-kanak ekzema selalu muncul di bahagian siku dan belakang lutut. Manakala ekzema pada orang dewasa pula biasanya paling teruk di bahagian tangan.
* Ekzema boleh juga berlaku di bahagian badan yang lain.
Punca ekzema.
Sehingga kini, punca sebenar ekzema masih belum dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya ekzema.
Faktor-faktor :
* Terdapat sejarah masalah kulit dalam keluarga.
* Allergik pada makanan.
* Cuaca.
* Allergik pada persekitaran.
* Berpeluh.
* Alahan pada sabun dan detergen.
* Allergik pada barang kemas dan kosmetik.
* Allergik pada fabrik.
Cadangan produk yang sesuai :
* Cetaphil
*Ezerra - Produk penjagaan kulit ezerra untuk bayi yang menghidap ekzema menawarkan sistem yang lengkap untuk pengurusan ekzema secara berkesan. Setiap produk melegakan dan menghidratkan kulit yang radang dan kasar agar sentiasa lembap dan bersih.
* Isoderm
* Oilatum
Cadangan pemakanan :
* Pengambilan makanan yang mengandungi omega-3 seperti salmon dan sardin.
* Teh oolong.
* Yogurt.
Supplement :
* Probiotics.
* Omega-3 fatty acids.

Sumber gambar dari google*


Friday, 25 March 2016

Kolestrol Tinggi




Kolestrol dapat dicegah sebelum ia menyebabkan penyakit yang berbahaya.. Fyi, kolestrol dapat dicegah tanpa kita makan ubat sebenarnya. Kalau ikut petua orang tua-tua, Mereka mengamalkan dengan makan bawang putih.

Ramai juga yang tidak tahu cara bacaan untuk kolestrol ni...Meh sini kami kongsi cara bacaan kolestrol.


Kadar kolestrol yang bagi seseorang individu ialah  < 5.2 mmol/l.

Tanda-tanda kolestrol tinggi :
  • Sering berasa kebas-kebas kaki
  • Timbul biji-biji putih di bawah mata, muka dan leher.
  • Cepat letih, penat dan mengantuk.
  • Selalu sakit kepala.
  • Kaki membengkak
  • Dada disebelah kiri terasa senak.

Hakak nak suggest supplement yang torbaik untuk kolestrol, korang boleh amalkan garlic oil ataupun fish oil.

Ha.. sebelum hakak terlupa, korang boleh guna avometer vantage untuk test kolestrol uolls. Untungnye beli nie sebab dia 2 in 1, korang boleh test kolestrol dan glucose. Confirm tak rugi, untung lagi ada la kan.
Avometer ini korang boleh dapatkan di Totalcare Pharmacy dengan pembelian 2 botol strip and korang boleh dapat meter ini secara percuma. Kami beralamat di :

No. 6, Ground Floor Hala Taman Meru 11, 
Taman Meru 2B, 
30020 Ipoh, Perak.

05-5279843





Apa itu strok haba?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda  penerangan mudah melalui poster di bawah :





#Di harap kita semua sentiasa sihat tubuh badan dan terhindar dari segala penyakit berbahaya.

** sumber gambar dari kkm dan google


Pengenalan Syarikat

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Bismillahirahmanirrahim.. Kami merupakan farmasi berdaftar dan beroperasi di Taman Meru 2B, Ipoh, Perak. Kami ingin berkongsi info-info kesihatan serta mempromosi produk supplemen melalui medium ini. InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan terbaik dan maklum balas segera untuk sebarang soalan di ajukan oleh pihak anda.